Baca Novel Vvip Di Hatiku 1

Baca Novel Vvip Di Hatiku 1

Baca Novel Vvip Di Hatiku 1

Novel Vvip Di Hatiku 1

Oleh : Fatin Hassan

SELESAI sahaja makan tengah hari bersama-sama keluarga Haikal, Rin menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibu Haikal. Rin dan Haikal meminta izin untuk pulang.

“Auntie, terima kasih sebab masakkan Rin makanan yang sedap-sedap. Rasa macam makan kat hotel aje,” puji Rin sambil mengangkat ibu jarinya.

“Kalau sedap, lain kali datanglah lagi. Nanti auntie masak lagi banyak untuk Rin,” beritahu Puan Sri Najah.
“Insya-Allah. Kalau free nanti, Rin pasti akan datang makan sambal ketam auntie lagi,” ujar Rin.
Puan Sri Najah mengangguk.

“Kita orang gerak dululah, mummy,” kata Haikal.

“Jaga diri, ya? Bawa kereta tu elok-elok,” pesan Puan Sri Najah.
“Baiklah, mummy,” jawab Haikal.

Mereka berdua menghampiri Honda Civic milik Haikal. Dari dalam kereta, mereka melambai-lambai ke arah ibu bapa Haikal sehinggalah kereta yang mereka naiki meninggalkan kawasan banglo mewah itu.

“Rin, Kal nak bawa Rin pergi satu tempat, boleh?” soal Haikal.

“Nak pergi mana?” soal Rin dengan dahi yang berkerut.

“Adalah. Rahsia,” jawab Haikal sambil tersengih.

“Kalau macam tu, baik tak payah tanya,” balas Rin geram. Bibirnya dicebikkan tatkala mendengar tawa Haikal.
“Ala, marah ke? Janganlah marah, nanti cepat tua.”

“Biarlah. Tua-tua Rin ini pun nanti cantik juga,” jawab Rin selamba.

Sekali lagi tawa Haikal terhambur. “Perasannya Rin ni. Sejak bila Rin suka perasan sangat ni?” soal Haikal.
“Sejak berguru dengan Kal la. Eh, Kal jangan nak tukar topik pula. Kita nak pergi mana ni?” soal Rin.
Haikal tidak menjawab, sebaliknya hanya tersengih menayang gigi.

Rin mencebik lagi. Nampaknya, tiada guna dia bertanya. Haikal tetap dengan pendiriannya untuk berahsia.
Tidak lama kemudian, mereka tiba di kawasan perumahan mewah. Mereka berhenti betul-betul di hadapan sebuah banglo dua tingkat, reka bentuknya ala-ala Inggeris.

“Rumah siapa pula ni?” soal Rin.

“Rumah kedua famili Kal,” kata Haikal. Alat kawalan jauh pintu pagar ditekan sebelum pintu pagar di hadapan mereka terbuka dengan sendiri. Haikal memandu masuk dan memarkir keretanya di garaj yang tersedia.

“Nak buat apa kat sini? Nak jumpa siapa?” soal Rin. Takkan Haikal nak bawa dia jumpa mak tiri kut. Eh, Haikal ada mak tiri ke? Rasanya Haikal tak pernah cakap pula pasal mak tiri ke apa.

Atau sebenarnya Haikal anak tiri Puan Sri Najah? Dan sekarang dia nak bawa aku jumpa mak kandung dia? Macam dalam drama. Hero bukan anak kandung tapi hanya anak tiri atau lebih teruk, hanya anak angkat dan tak ada siapa pun yang tahu.

Lama Rin membuat teori dan andaiannya sendiri sehinggakan dia langsung tidak sedar Haikal telah jauh meninggalkannya.
“Rin,” panggil Haikal. Bukan main lagi dia bercakap tapi rupa-rupanya, dia hanya bercakap seorang diri.
“Kita nak jumpa siapa ni? Kal ada mak tiri ke?” tanya Rin.

“Hah?” Haikal terkejut namun kemudian dia terus ketawa.
“Kenapa tanya macam tu?”

Rin menggaru pipi. Belum sempat dia menjawab, tiba-tiba pintu banglo tersebut dibuka dari dalam dan muncul seorang wanita yang berusia lebih separuh abad.

“Tengku dah balik?” tegur wanita itu.

“Haah, Mak Timah. Ni kawan saya, Airin. Rin, ni Mak Timah.” Haikal memperkenalkan mereka berdua.
Rin menyalami tangan Mak Timah.

“Masuklah dulu. Tengku nak makan ke? Nak Mak timah sediakan?”

“Eh, tak. Saya dah makan di rumah daddy tadi. Saya nak pergi ke kolam kejap. Mak timah sediakan air aje la.”
Mak timah mengangguk. Sebaik saja Mak timah masuk semula ke dalam rumah, Haikal mengajak Rin pergi ke kawasan kolam renang yang berada di belakang rumahnya.

“Kal…” Rin menutup mulutnya dengan tangan kanan. Sungguh dia terkejut dan terharu melihat suasana di kawasan kolam renang itu yang telah dihias cantik.

“Surprise for you. Suka tak?”

“Tapi hari ni bukan birthday Rin,” kata Rin. Wajah Haikal dipandang.

“Tak perlu tunggu birthday pun tak apa kan kalau nak buat surprise?” soal Haikal.

Rin mengangguk. Matanya liar memandang keseluruhan kawasan tersebut yang telah dihias indah. Haikal menuju ke arah bangku yang dipenuhi dengan belon. Terdapat sebuah gitar di situ. Haikal mengarahkan agar Rin duduk di atas bangku itu sebelum dia mengambil tempat di sebelah Rin.

Perlahan-lahan Haikal memetik gitar. Lagu John Legend, All Of Me dinyanyikan.

What would I do without your smart mouth?
Drawing me in and you kicking me out,
You’ve got my head spinning, no kidding,
I can’t pin you down,
What’s going on in that beautiful mind,
I’m on your magical mystery ride,
And I’m so dizzy, don’t know what hit me, but I’ll be alright…

My head’s under water,
But I’m breathing fine,
You’re crazy and I’m out of my mind,

‘Cause all of me,
Loves all of you,
Love your curves and all your edges,
All your perfect imperfections,

Give your all to me,
I’ll give my all to you,
You’re my end and my beginning,
Even when I lose I’m winning,
‘Cause I give you all of me,
And you give me all of you, oh oh…

How many times do I have to tell you,
Even when you’re crying you’re beautiful too,
The world is beating you down, I’m around through every mood,
You’re my downfall, you’re my muse,
My worst distraction, my rhythm and blues,
I can’t stop singing, it’s ringing, in my head for you…

Sebaik sahaja lagu itu habis dinyanyikan, Haikal menyeluk poket seluarnya. Kotak kecil berwarna hitam dikeluarkan dan dibukanya.

Rin sekali lagi terkejut bercampur terharu apabila di hadapannya kini ada sebentuk cincin bertatahkan berlian yang sangat cantik.

“A… Apa ni?” soal Rin walaupun sudah terang lagi bersuluh itu ialah cincin.
“Airin Nadia, I love you. Kal tahu Kal bukanlah lelaki yang terbaik untuk Rin tapi Kal harap Rin boleh beri Kal peluang. Izinkan Kal untuk memiliki hati Rin?”
“Kal…”

“Mungkin hati Rin masih belum terbuka untuk terima Kal tapi boleh tak Rin bagi Kal peluang? Peluang untuk jaga Rin seumur hidup Kal?” soal Haikal. Cincin di dalam kotak kecil itu dikeluarkan.

Rin mengetap bibir. Dia memang sedia tahu akan perasaan Haikal itu, namun tak disangka pula hari ini Haikal akan melamarnya. Sangkanya, selepas cinta lelaki itu pernah ditolak sewaktu mereka di matrikulasi dahulu, Haikal sudah berputus asa kepadanya tapi semua andaian itu salah.

Dengan perasaan bercampur baur, Rin hanya membiarkan tatkala Haikal mengambil tangannya lalu menyarungkan cincin tersebut ke jari manis Rin.

“I hope you know that my love for you is sincere. Rin, my love for you is not like rain, which comes and goes away. But it is like sky, moves with you all around.” Penuh romantik sekali Haikal menuturkan kata-kata itu.
Rin masih diam sambil mengetap bibir.

“Rin, please give me a chance.”

“Kal… Rin… Rin…” Lidahnya terkelu. Matanya dipejamkan. Memang dia terharu dengan lamaran Haikal kala ini tetapi dia tidak dapat menipu hatinya sendiri.

“Bagi Rin masa.” Akhirnya sebaris ayat itu keluar juga dari bibir Rin.
Laju Haikal mengangguk. “Sure.”

“Jom balik,” ajak Rin. Bukan niatnya untuk merosakkan suasana romantik saat itu tetapi kala ini hatinya sedang berperang dengan perasaan sendiri.

“Tapi…”

“Please…” Rin buat muka penuh berharap. Sungguh, saat ini dia benar-benar ingin pulang dan bersendirian. Apa yang berlaku sekarang terlalu mendadak buatnya.

“Okey. Kal hantar Rin.” Meski kecewa namun Haikal akur. Mungkin semua ini terlalu mendadak buat Rin. Sekurang-kurangnya, Rin tidak menolaknya terus seperti kali pertama dahulu. Jadi, maknanya dia masih ada peluang.
Tanpa sedar, Haikal tersenyum lebar.

“Kenapa tiba-tiba senyum ni?”

Senyumannya terus mati apabila ditegur begitu. Kepalanya pantas digeleng-gelengkan.
“Nothing. Jom balik,” katanya lalu bangun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *